Yamtuan
Antah
Yang
di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Nama penuh : Yamtuan Antah ibni Almarhum Tuanku Radin
(beliau adalah anak
kepada Yamtuan Radin)
Tempoh pemerintahan :1869 - 1888
Kelahiran: 1812
Kemangkatan: 1888,di Seri Menanti, Negeri Sembilan
Yamtuan Antah ialah Yamtuan Negeri
Sembilan dan memerintah negeri Sembilan pada tahun 1876 hingga 1887.Nama penuh beliau ialah
Tunku Laksamana Antah ibn Almarhum Raja
Radin.Baginda pernah memakai gelaran Alwata birabbi-ghapur Yamtuan Tunku Antah
Seri Menanti ibn Almarhum Yamtuan Raja Radin atau Almalikulmanan al-Sultan
Tunku Antah ibn Almarhum Raja Radin.Baginda
ialah putera Yamtuan Radin dan cucu
kepada Raja Lenggang raja yany terakhir dijemput dari Minangkabau untuk
dirajakan di Negeri Sembilan.
Pada tahun 1861,Yamtuan Radin,ayahanda
Tunku Antah mangkat dan takhta kerajaan disandang oleh saudaranya,Yamtuan Tunku
Imam.Kemangkatan Yamtuan Imam pada tahun
1869 menimbulkan masalah pengganti kerana terdapat dua orang putera yang layak
menduduki jawatan Yang Dipertuan Besar.Mereka ialah Tunku Antah,putra Yamtuan
Radin,terkenal sebagai pahlawan dan Tunku Ahmad Tunggal,putera Yamtuan
Imam terkenal sebagai seorang penguasaha
bijih timah yang kaya.Dalam persaingan ini,Dato’Kelana Syed Abdul Rahman
menyokong Tunku Ahmad Tunggal.Sementara Undang yang lain lebih condong kepada
Tunku Antah.Namun,persaingan takhta ini tidak mencetus sebarang pertempuran.Persaingan
ini menyebabkan jawataan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak dipenuhi
dari tahun 1869 hingga tahun 1875.Pada
tahun 1875,kecuali Dato’ Kelana Sungai Ujong,kesemua Undang hadir dan melantik
Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Oleh sebab Dato’Kelana
tidak hadir dia dilucutkan jawatan.
British
bertapak di Negeri Sembilan
Perjuangan menentang penjajah di
Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin atau
dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah ) kelapan bagi kawasan
Seri Menanti.Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk
Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian
membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong biji timah di Sungai
Ujong ( kini Seremban ). Bermula detik itu, British bertapak di Negeri
Sembilan. Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap pada April 1874 apabila
Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk
bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke
yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai Ujong berada di
bawah lindungan penjajah itu.
Datuk Kelana menghantar surat itu
kepada Clarke yang mengalu-alukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya
memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack akhirnya dinaik dan dikibarkan di
puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana di Ampangan pada September 1874, seterusnya
disusuli istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British cuba
memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong. Bagi mengukuhkan
kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu oleh 150 askar British
lengkap bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar
Rahang yang dimusuhinya pada November
1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat serangan itu.
Dilantik
sebagai Yang DiPertuan Besar
Dengan kejayaan itu pada awal 1875,
Residen British pertama dilantik di Sungai Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu
Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan jelas tidak setuju
dengan dasar berkenaan. Bagi mereka, tindakan Datuk Kelana membawa masuk
British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk menjajah negeri
mereka. Hari berikutnya memperlihatkan Datuk Kelana masih tidak menghiraukan pandangan
pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan
Seri Menanti
yang mana jajahan itu meliputi
Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol. Tindakan Datuk Kelana membenarkan
British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan huubungan antara dirinya dengan
pembesar lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf
Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada pertengahan 1875, di bawah
lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh
Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayahnya miliknya iaitu Sungai Ujong
sekali gus mencetus api
pertelingkahan dengan Yamtuan Antah.
Datuk Kelana dan British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi
dengan anggapan daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun yang
sama. Yamtuan Antah yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah
Terachi yang dilantik Datuk Kelana.
Residen British, Murray yang berpihak kepada
Datuk Kelana mengganggap perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai mengganggu daerah
pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar undang-undang. Pada 27 November
1875,Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hixman selain 30
polis dan masing-masing seorang doctor dan seorang jurubahasa Australia bernama
Dominic Daly ke Terachi, tetapi tidak mendapati tiada kekacauan berlaku di
kawasan itu. Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly
ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung Terachi dengan
Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai
200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong.
Daly ketakutan, dia segera minta bantuan kepada Murray di Sungai Ujong dan
Residen itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.
Pertempuran
Kedatangan British itu seolah-olah
mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya
seramai kira-kira 4000 orang supaya bersedia untuk menghadapi peperangan.
Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan
beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap,Tunku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol. Seterusnya, pasukan perang Yamtuan Antah segera
mendaki dan menyeberang Bukit Putus
untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada
Murray supaya tidak lagi menggangu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh
Terachi. Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan
Antah segera meminta bantuan kepada Negeri-negeri Selat. Keadaan British di
Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir akan penduduk akan
menyerang.
Hinxman dan askar lain yang berada di
Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak
perkhemahan tentera mereka.
Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan
Antah yang seramai 200 orang berjaya menawan
Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British
dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan Peyton tiba untuk
menentang kebangkitan penduduk. Dengan bantuan tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang
seramai 30 askar, 30 polis dan 6 askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan
Yamtuan Antah di Paroi. Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih
dahulu diserang penduduk menggunakan senapang. Bilangan penduduk tempatan lebih
ramai daripada pasukan Hinxman menyebabkan mereka dapat dikepung dan ditahan. Menyedari mereka
akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke
Rasah. Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di
tepi Sungai Linggi.
Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan
apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang
serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka
membedil tentera Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegar bumi Paroi ketika itu.
Selepas satu jam berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi
paya yang terbentang di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa
jasad askarnya ditembak. Hinxman dan Peyton akhirnya bernekad untuk terus
memusnahkan kubu pertahanan tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan
seramai 20 askar British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah
tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar
tempatan. Tunku Laksamana akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti.
Bantuan tambahan yang diminta Murray
tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875.
Diketuai Leftenan Gabenor Pulau
Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripa 350 askar
British yang dibawa dari Melaka. Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu,
menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di
Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu
Yamtuan Antah. Selepas melepaskan 10 das meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa
berundur.
Selepas pertempuran hebat itu,
mengorbankan 37 askar British dan Arab selain mencedarakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat
dirampas semula oleh British. Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa
masuk iaitu pasukan askar Gurkha, seramai 250 orang beserta pegawainya seramai
32orang. Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai
Ujong. Dengan kekuatan tentera itu, Leftenan Kolonal Clay iaitu Ketua
Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada
di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru.
Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang
diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap.
Clay pula mengetuai pasukan seramai 280 orang. Akhirnya berlaku pertempuran
antara British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya
ditawan British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju ke
Seri Menanti. Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa
berundur meningggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.
Di negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Sultan Abu Bakar, Sultan Abu
Bakar kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British.
Dengan pertolongan Sultan Johor ketika
itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah memnbuat pertemuan dengan Gabenor Singapura
iaitu William Jervois. Yamtuan Antah bersama empat pembesar dari daerah Seri
Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British di Singapura pada
November 1876. Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan perkara yang
adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi menunjukkan imej baik
mereka. Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan
Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah
kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong di bawah
kekuasaan British.
Kemangkatan
Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan
Antah kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar
diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan
di Seri Menanti.
Makam
Yamtuan Antah
DOL SAID
Nama penuh : Dato'
Abdul Said bin Omar
Gelaran: Datuk
Seroja Merah
Tahun Lahir: 1773
Tahun Kematian:
1849 (ketika berusia 76 tahun)
Suku Kaum:
Semelenggang.
Asal: Naning (kini
Alor Gajah, Melaka)
Sumbangan:
Pemerintah Naning Kesembilan - Tokoh Penentang British.
DOL Said atau nama
sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka.Beliau
berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.Sejak
kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang
yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati
orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya. Dol Said
dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799
sewaktu berumur 26 tahun.
British telah meminta
Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. dan ini dibantah oleh Penghulu
Dol Said kerana Naning telah merdeka.Semasa Belanda memerintah Melaka selepas
kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar
satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah
mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.Tetapi apabila British
mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 ,British menyerahkan Bengkulu,
Sumatera kepada Belanda dan Belanda
menyerahkan Melaka
kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah
pemerintahan mereka.Dol Said membantah pengenaan
cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.
Beliau secara keras membangkang
kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan
yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan. Peperangan
Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira
yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka Sejak itu bermulalah
persengketaan antara Dol Said dengan British yang membawa kepada perang Naning
pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.
PEJUANGAN
British sebuah kuasa
besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning
pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka
adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada
mulanya
mereka yakin Naning
boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh
pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak
panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Penghulu Dol Said telah
berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang
British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24
Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.
Dalam peperangan
tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut
adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang
Melayu di wilayah yang lain.Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa
berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat
mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk
meriam dalam usaha menundukkan Naning.
Sebelum berlakunya
Perang Naning kedua pada tahun 1832, British Berjaya memecahbelahkan perpaduan
orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang
bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.Dalam
perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau
yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau
bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu
Inggeris menakluk Naning.Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan
daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad
mempertahankan Naning.
Pada April 1832
askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan
Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua. Sekali
lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah
berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para
pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.Kesan daripada perang tersebut Taboh berjaya ditawan
oleh british,rumah peduduk Naning telah dibakar,dan daerah Naning dan Melaka
disatukan.Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka
terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi
menakluk sebuah daerah kecil.Dol Said akhirnya menyerah kalah dan beliau diberi
pencen dan rumah di Melaka.
Kesimpulan
- · Dol said merupakan seorang yang berani dan cintakan tanah air.Oleh itu kita perlulah mencontohi beliau.
- · Kita perlu bersyukur kerana mereka iaitu Dol Said dan Yamtuan Antah telah memperjuangkan tanah air dan mereka sanggup berkorban nyawa demi memperolehi kemerdekaan.
- · Kekalah naning bukanlah kerana pihak asing tetapi oleh kerana bangsa sendiri yang menikam dari belakang.Oleh itu,kita perlulah bersatu padu supaya tanah air kita tidak dijajah oleh pihak asing.
- · Yamtuan Antah merupakan seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berani menentang British daripada mengugat kedaulatan bangsanya.Oleh itu,kita perlulah mencontohi beliau kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya.